Monday, September 8, 2008

Apakah Tuhan Itu Wujud?

Saya merupakan seorang muslim yang lahir atas nama keturunan. Dengan maksud lain kepercayaan tentang kewujudan tuhan itu adalah pasti. Secara tidak lansung, sama ada mahu atau tidak mahu saya wajib mempercayai kewujudan tuhan sedangkan pada dasarnya saya tidak meyakininya. Saya akui bahawa saya sememangnya masih meragui mengenai kewujudan tuhan ditambahkan lagi dengan pembongkaran sejarah-sejarah dunia melalui pelbagai bahan yang telah ditemui. Sains telah banyak membuktikan bahawa dunia ini wujud dengan sendirinya dan tidak berlaku kelahiran semula mahupun pembalasan di hari kelak sepertimana yang diimani oleh kebanyakan agama. MUSTAHIL!!!

Oleh kerana itu saya tekad untuk menyingkap makna agama, tuhan, kitab dan hukum dunia dan hari kelak dengan membaca hampir kesemua kitab yang ada di muka bumi ini.

Namun demikian hanya terdapat dua kitab yang lebih fokus menerangkan mengenai kejadian alam semesta. Oleh itu saya nyatakan di sini dua ayat tersebut dari dua kitab.

Bible New Testament
Kejadian : Ayat 1


1:1 Pada mulanya Allah menciptakan langit dan bumi.

1:2 Bumi belum berbentuk dan kosong; gelap gulita menutupi samudera raya, dan Roh Allah melayang-layang di atas permukaan air.

1:3 Berfirmanlah Allah: "Jadilah terang." Lalu terang itu jadi.

1:4 Allah melihat bahwa terang itu baik, lalu dipisahkan-Nyalah terang itu dari gelap.

1:5 Dan Allah menamai terang itu siang, dan gelap itu malam. Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari pertama.

1:6 Berfirmanlah Allah: "Jadilah cakrawala di tengah segala air untuk memisahkan air dari air."

1:7 Maka Allah menjadikan cakrawala dan Ia memisahkan air yang ada di bawah cakrawala itu dari air yang ada di atasnya. Dan jadilah demikian.

1:8 Lalu Allah menamai cakrawala itu langit. Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari kedua.

1:9 Berfirmanlah Allah: "Hendaklah segala air yang di bawah langit berkumpul pada satu tempat, sehingga kelihatan yang kering." Dan jadilah demikian.

1:10 Lalu Allah menamai yang kering itu darat, dan kumpulan air itu dinamai-Nya laut. Allah melihat bahwa semuanya itu baik.

1:11 Berfirmanlah Allah: "Hendaklah tanah menumbuhkan tunas-tunas muda, tumbuh-tumbuhan yang berbiji, segala jenis pohon buah-buahan yang menghasilkan buah yang berbiji, supaya ada tumbuh-tumbuhan di bumi." Dan jadilah demikian.

1:12 Tanah itu menumbuhkan tunas-tunas muda, segala jenis tumbuh-tumbuhan yang berbiji dan segala jenis pohon-pohonan yang menghasilkan buah yang berbiji. Allah melihat bahwa semuanya itu baik.

1:13 Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari ketiga.

1:14 Berfirmanlah Allah: "Jadilah benda-benda penerang pada cakrawala untuk memisahkan siang dari malam. Biarlah benda-benda penerang itu menjadi tanda yang menunjukkan masa-masa yang tetap dan hari-hari dan tahun-tahun,

1:15 dan sebagai penerang pada cakrawala biarlah benda-benda itu menerangi bumi." Dan jadilah demikian.

1:16 Maka Allah menjadikan kedua benda penerang yang besar itu, yakni yang lebih besar untuk menguasai siang dan yang lebih kecil untuk menguasai malam, dan menjadikan juga bintang-bintang.

1:17 Allah menaruh semuanya itu di cakrawala untuk menerangi bumi,

1:18 dan untuk menguasai siang dan malam, dan untuk memisahkan terang dari gelap. Allah melihat bahwa semuanya itu baik.

1:19 Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari keempat.

1:20 Berfirmanlah Allah: "Hendaklah dalam air berkeriapan makhluk yang hidup, dan hendaklah burung beterbangan di atas bumi melintasi cakrawala."

1:21 Maka Allah menciptakan binatang-binatang laut yang besar dan segala jenis makhluk hidup yang bergerak, yang berkeriapan dalam air, dan segala jenis burung yang bersayap. Allah melihat bahwa semuanya itu baik.

1:22 Lalu Allah memberkati semuanya itu, firman-Nya: "Berkembangbiaklah dan bertambah banyaklah serta penuhilah air dalam laut, dan hendaklah burung-burung di bumi bertambah banyak."

1:23 Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari kelima.

1:24 Berfirmanlah Allah: "Hendaklah bumi mengeluarkan segala jenis makhluk yang hidup, ternak dan binatang melata dan segala jenis binatang liar." Dan jadilah demikian.

1:25 Allah menjadikan segala jenis binatang liar dan segala jenis ternak dan segala jenis binatang melata di muka bumi. Allah melihat bahwa semuanya itu baik.

1:26 Berfirmanlah Allah: "Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita, supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas ternak dan atas seluruh bumi dan atas segala binatang melata yang merayap di bumi."

1:27 Maka Allah menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Allah diciptakan-Nya dia; laki-laki dan perempuan diciptakan-Nya mereka.

1:28 Allah memberkati mereka, lalu Allah berfirman kepada mereka: "Beranakcuculah dan bertambah banyak; penuhilah bumi dan taklukkanlah itu, berkuasalah atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas segala binatang yang merayap di bumi."

1:29 Berfirmanlah Allah: "Lihatlah, Aku memberikan kepadamu segala tumbuh-tumbuhan yang berbiji di seluruh bumi dan segala pohon-pohonan yang buahnya berbiji; itulah akan menjadi makananmu.

1:30 Tetapi kepada segala binatang di bumi dan segala burung di udara dan segala yang merayap di bumi, yang bernyawa, Kuberikan segala tumbuh-tumbuhan hijau menjadi makanannya." Dan jadilah demikian.

1:31 Maka Allah melihat segala yang dijadikan-Nya itu, sungguh amat baik. Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari keenam.


Al-Quran
Surah An-Naazi'aat (ayat 28-33)

[28]
Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya,
[29]
Dan Ia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang.
[30]
Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya), -
[31]
Ia mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya;
[32]
Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya);
[33]
(Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.


di dalam kedua-dua ayat tersebut ada persamaan dan ada perbezaan. jika kita kaji dari segi sains. Terjadinya awan adalah kerana wap air yang terbentuk. terjadinya siang adalah kerana sinaran matahari dan malam adalah kerana bumi membelakangi matahari namun terdapat pantulan pada bulan hasil dari sinaran matahari. seterusnya terjadinya tumbuhan adalah kerana sinaran matahari dan turunnya hujan. maka dikira dari logik akal.

Apakah bumi wujud sebelum matahari?
Apakah siang dan malam wujud sebelum matahari?
Apakah tumbuhan dan hidupan wujud sebelum matahari?

Melalui teori sains . Tidak akan tumbuhnya atau hidupnya sesuatu tumbuhan tanpa dua elemen ini air dan sinaran. Maka secara logiknya, bumi dicipta selepas penciptaan matahari. Dan secara logiknya sebelum terciptanya bumi apakah ada gelap dan terang? Ya. Gelap terjadinya apabila sebahagian planet membelakangi sinaran cahaya matahari. Malahan bukan hanya bumi yang mengalami gelap kesemua planet juga mengalami gelap mengikut putarannya maka secara tidak lansung gelap juga boleh diartikan dengan malam. terang berlaku apabila planet tersebut menghadap sinaran matahari. Terang juga boleh kita artikan sebagai siang.

jadi persoalannya, apakah wujud malam dan siang sebelum bumi?
Sudah pasti wujud. Hal ini kerana, bukan hanya bumi sahaja yang terdapat di semesta ini. Adalah mustahil sekiranya sebelum kewujudan bumi tidak berlakunya proses siang dan malam pada planet-planet yang jauh lebih besar dari bumi. Cuba kita renung sejenak. Bolehkah kita menyatakan bahawa bumi tercipta terlebih dahulu sebelum matahari. pasti mustahil bukan, hal ini kerana tanpa matahari bagaimana boleh terjadinya tumbuhan dan hidupan sebelum terdapatnya cahaya matahari sedangkan sehingga kini tidak dinafikan bahawa kesemua makhluk di dunia ini memerlukan cahaya matahari untuk terus hidup. Nah, sekiranya dikatakan bahawa bumi wujud sebelum matahari maka secara logiknya tidak akan wujud tumbuhan dan hidupan. Maka di sini terdapat kecelaruan mengenai konsep ayat di atas.

Bible
Kejadian 1:1
Pada mulanya Allah menciptakan langit dan bumi.

- langit adalah luas maka dapat diterima logik akal sekiranya tuhan itu menciptakan langit terlebih dahulu. Hal ini kerana langit adalah bermaksud ruangan semesta. Apakah langit itu bumbung bumi? Salah. Yang dikatakan bumbung bumi adalan awan yang selayaknya.

Kejadian 1:2
Bumi belum berbentuk dan kosong; gelap gulita menutupi samudera raya, dan Roh Allah melayang-layang di atas permukaan air.

-Apakah dinyatakan di sini bahawa bumi itu adalah air sepenuhnya. Logik kerana mengikut kajian sebahagian besar bumi adalah terdiri dari air.

Kejadian 1:3
Berfirmanlah Allah: "Jadilah terang." Lalu terang itu jadi.

-Konsep ini jelas lari dari logik sains. Bagaimana boleh terang sekiranya tidak terdapat satu ayat pun pada ayat di atas yang menerangkan dari mana sumbernya terang itu.

Kejadian
1:4 Allah melihat bahwa terang itu baik, lalu dipisahkan-Nyalah terang itu dari gelap.

1:5 Dan Allah menamai terang itu siang, dan gelap itu malam. Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari pertama.

-bagaimana boleh kita memisah terang dari gelap, sedangkan gelap itu terhasil dari ketiadaan terang. Masih tidak dinyatakan dari mana sumbernya terang itu.

Kejadian
1:6 Berfirmanlah Allah: "Jadilah cakrawala di tengah segala air untuk memisahkan air dari air."

1:7 Maka Allah menjadikan cakrawala dan Ia memisahkan air yang ada di bawah cakrawala itu dari air yang ada di atasnya. Dan jadilah demikian.

1:8 Lalu Allah menamai cakrawala itu langit. Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari kedua.

-Alahai, semakin bercelaru minda ini, bagaimana tuhan boleh menciptakan langit melalui air. Sedangkan sudah jelas bahawa yang menjadikan awan itu adalah air yang disejat oleh kepanasan matahari. Ulangan AWAN dan bukannya LANGIT. Satu lagi, imbas semula Kejadian 1:1 - Tidakkah sudah diterangkan oleh ayat di atas bahawa tuhan menciptakan langit dan bumi bagaimana boleh diulangcipta pada ayat 1:7? Apakah tuhan sendiri bercelaru mengenai susunannya dalam menciptakan bumi?
-Penggunaan cakrawala di dalam ayat di atas adalah boleh kita artikan alam semesta. Maka, sekiranya berdasarkan pada ayat di atas, permukaan bumi yang pada ketika itu adalah hanya air adalah mendatar. Hal ini kerana cakrawala tercipta dari pembahagian air dari air yang membentuk langit, dan sah maksud ayat di atas bahawa bumi adalah datar. Sedangkan hakikatnya bumi itu bulat.

Kejadian
1:9 Berfirmanlah Allah: "Hendaklah segala air yang di bawah langit berkumpul pada satu tempat, sehingga kelihatan yang kering." Dan jadilah demikian.

1:10 Lalu Allah menamai yang kering itu darat, dan kumpulan air itu dinamai-Nya laut. Allah melihat bahwa semuanya itu baik.

-Sudah mencapai kepada proses penciptaan yang dramatik ni. Pertanyaan, Adakah tanah terhasil dari air? Jawab sendiri.

Kejadian
1:11 Berfirmanlah Allah: "Hendaklah tanah menumbuhkan tunas-tunas muda, tumbuh-tumbuhan yang berbiji, segala jenis pohon buah-buahan yang menghasilkan buah yang berbiji, supaya ada tumbuh-tumbuhan di bumi." Dan jadilah demikian.

1:12 Tanah itu menumbuhkan tunas-tunas muda, segala jenis tumbuh-tumbuhan yang berbiji dan segala jenis pohon-pohonan yang menghasilkan buah yang berbiji. Allah melihat bahwa semuanya itu baik.

1:13 Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari ketiga.

-Alahai, kalau ye pun nak nyatakan bahawa kuasa tuhan tak terjangkau janganlah sampai melanggar hukum alam yang kita semua sedia maklum. bagaimana boleh tumbuhnya tumbuhan dan segala jenis pohon sekiranya tidak terdapat sebarang cahaya. Oh ya... dalam Kejadian 1:3 ada menyatakan mengenai terang, mungkin tumbuhan bercambah dari terang tersebut. Akan tetapi persoalannya, dari mana sumber cahaya tersebut. Masih tidak dinyatakan.

Kejadian
1:14 Berfirmanlah Allah: "Jadilah benda-benda penerang pada cakrawala untuk memisahkan siang dari malam. Biarlah benda-benda penerang itu menjadi tanda yang menunjukkan masa-masa yang tetap dan hari-hari dan tahun-tahun,

1:15 dan sebagai penerang pada cakrawala biarlah benda-benda itu menerangi bumi." Dan jadilah demikian.

1:16 Maka Allah menjadikan kedua benda penerang yang besar itu, yakni yang lebih besar untuk menguasai siang dan yang lebih kecil untuk menguasai malam, dan menjadikan juga bintang-bintang.

1:17 Allah menaruh semuanya itu di cakrawala untuk menerangi bumi,

1:18 dan untuk menguasai siang dan malam, dan untuk memisahkan terang dari gelap. Allah melihat bahwa semuanya itu baik.

1:19 Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari keempat.

-Alahai, kalau terus membacanya boleh gila ni. Pada mulanya tuhan menciptakan langit dan bumi, kemudian diciptakan terang yang tidak tahu dari mana sumbernya. Selepas itu diciptakan langit lagi kemudian darat yang terhasil dari air. selepas itu diciptakan tumbuhan dan tumbuhan terus mengeluarkan hasil sesudah itu baru diciptakan matahari dan bulan bagi menerangi alam ini. Nah, kalau tadi dah diciptakan terang mengapa perlu tuhan menciptakan benda penerang lagi, adakah tuhan mahu cakrawala ini bertambah terang? satu lagi, ayat di atas menyatakan yang besar untuk siang dan yang kecil untuk malam. Oh tuhan, adakah tuhan sendiri tidak yakin akan cahaya yang diterangi oleh matahari sehinggakan mencipta satu lagi sumber cahaya untuk malam dan bukannya hasil pantulan cahaya dari matahari. Atau tuhan sudah tidak yakin akan kehebatan cahaya yang diciptakan olehnya sendiri sebelum menciptakan matahari bagi membenihkan tumbuhan. Oh ya.. mungkin juga tuhan itu penat kalau berterusan menerangi bumi dengan cahayanya. Maka memerlukan sokongan dari matahari..

Kejadian
1:20 Berfirmanlah Allah: "Hendaklah dalam air berkeriapan makhluk yang hidup, dan hendaklah burung beterbangan di atas bumi melintasi cakrawala."

1:21 Maka Allah menciptakan binatang-binatang laut yang besar dan segala jenis makhluk hidup yang bergerak, yang berkeriapan dalam air, dan segala jenis burung yang bersayap. Allah melihat bahwa semuanya itu baik.

1:22 Lalu Allah memberkati semuanya itu, firman-Nya: "Berkembangbiaklah dan bertambah banyaklah serta penuhilah air dalam laut, dan hendaklah burung-burung di bumi bertambah banyak."

1:23 Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari kelima.

1:24 Berfirmanlah Allah: "Hendaklah bumi mengeluarkan segala jenis makhluk yang hidup, ternak dan binatang melata dan segala jenis binatang liar." Dan jadilah demikian.

1:25 Allah menjadikan segala jenis binatang liar dan segala jenis ternak dan segala jenis binatang melata di muka bumi. Allah melihat bahwa semuanya itu baik.

-Nah, ni satu lagi masalah. Kalau diciptakan hidupan laut dan langit terlebih dahulu. Tidakkah menyukar kan bagi yang hidup dua alam. Apanya di langit itu terdapat sarang burung. sedangkan terdapat juga jenis burung yang tidak boleh terbang. Oh ya, selagi tidak terciptanya hidupan darat maka burung akan terus-terusan berterbangan di langit. Eh bukan langit tapi cakrawala. Kalau burung sekarang boleh terbang di cakrawala.pasti hebat burung itu.
-Kemudian baru diciptakan hidupan darat. Musykil ni. Adakah burung tergolong dalam kategori hidupan laut atau hidupan darat. sekiranya berdasarkan ayat di atas burung itu setarafnya dengan hidupan laut dan bukan hidupan darat. Mungkin juga kali burung dahulu hidupnya di laut bersama hidupan laut. Fikir dan jawab sendiri. Jauh dari teori sains dan logik akal.

Kejadian
1:26 Berfirmanlah Allah: "Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita, supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas ternak dan atas seluruh bumi dan atas segala binatang melata yang merayap di bumi."

1:27 Maka Allah menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Allah diciptakan-Nya dia; laki-laki dan perempuan diciptakan-Nya mereka.

1:28 Allah memberkati mereka, lalu Allah berfirman kepada mereka: "Beranakcuculah dan bertambah banyak; penuhilah bumi dan taklukkanlah itu, berkuasalah atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas segala binatang yang merayap di bumi."

1:29 Berfirmanlah Allah: "Lihatlah, Aku memberikan kepadamu segala tumbuh-tumbuhan yang berbiji di seluruh bumi dan segala pohon-pohonan yang buahnya berbiji; itulah akan menjadi makananmu.

1:30 Tetapi kepada segala binatang di bumi dan segala burung di udara dan segala yang merayap di bumi, yang bernyawa, Kuberikan segala tumbuh-tumbuhan hijau menjadi makanannya." Dan jadilah demikian.

1:31 Maka Allah melihat segala yang dijadikan-Nya itu, sungguh amat baik. Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari keenam.

-Rupa-rupanya manusia itu mirip tuhan. Jadi maksudnya tidak ada beza di antara tuhan dan manusia. Mungkin saja tuhan itu adalah manusia juga yang sengaja mengangkat martabat dirinya menjadi tuhan. Jika dilihat dari ayat-ayat di atas. Kaedah penciptaan bumi tersebut adalah sama dengan pendapat kanak-kanak yang masih belum mempelajari sains. Adakah agama yang diwajibkan untuk keturunan kita percayai menyesatkan keturunan kita sendiri. Lebih baik tiada agama dari menganuti agama yang jelas lari dari fitrah alam.

Ni satu lagi ayat dari Al-Quran

Surah An-Naazi'aat
[28]
Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya,

-Maksudnya awal penciptaan. Maka langit diciptakan terlebih dahulu. Maka betul dari teori sains. kerana yang dimaksudkan di atas adalah langit dan bukannya awan.

[29]
Dan Ia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang.

-Ni satu lagi, kalau terjadinya siang, dari mana sumbernya. tapi masih tidak melawan fitrah alam kerana masih tidak terciptanya bumi dah hidupan. Mungkin juga disebalik siang itu sudah terciptanya matahari barangkali.

[30]
Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya),

-bumi diciptakan selepas penciptaan terang dan gelap. logik. mungkin juga sebelum bumi sudah terciptanya planet lain yang mengalami siang dan malam.

[31]
Ia mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya;

-Masih logik dan dapat di terima akal. Selepas terciptanya siang dan malam, kemudian terciptanya bumi kemudian dari bumi itu dikeluarkan air dan tumbuhan maka betul dari teori sains. Hal ini kerana, tumbuhan wujud sekiranya ada matahari sebagai elemen cahaya dan air. Dari cahaya dan air tersebutlah terhasilnya tumbuh-tumbuhan.

[32]
Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya);
[33]
(Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.

-Dari segi teori sains, sekiranya ketiadaan gunung maka sudah pasti bumi ini tidak akan kukuh dan secara tidak lansung akan bergerak mengikut pergerakan manusia. Maka kita akan berjalan seiring dengan bumi. Payah tu. Oleh itu dengan adanya gunung maka bumi ini kekal pada kedudukannya. Memang penting kewujudan gunung-ganang tersebut.
-Melalui ayat Al-quran. Pada awal penciptaannya, terjadinya langit iaitu semesta kemudiannya diciptakan matahari bagi menerangi alam kemudian diciptakan bumi. Kemudian air yang keluar dari perut bumi maka seterusnya menghasilkan tumbuhan. Kemudian terjadinya hidupan.


Kalau berdasarkan dari dua kitab tersebut. dapat dilihat bahawa tuhan itu wujud barangkali. Sekiranya terdapat jawapan yang menyanggah ulasan saya mengenai dua kitab di atas. Adalah dialu-alukan. Oleh itu yakinilah sains.